Monday, April 26, 2010

berikanlah sebaris kata untukku...

i need to write something but..my heart tell that i no need to write it!!
hmm..macam-macam la hati nie..

xpe aku nak tulis benda lain la..
tadi da kawan2 tag gambar wktu sekolah dulu2..sume selekeh ja aku tengok kehkehkeh...
4hari lepas waktu tengah study tuk subjek bio-organic rasa penat sangat dah otak nie nak memasukkan reaction yang banyak dan pening tue aku jalan-jalan ke tingkat bawah..pergi cari rak buku-buku motivasi.tengah belek-belek buku yang ada mata ini tiba-tiba melekat pada buku yang tertulis Ihya' Ulumuddin..

ya! buku itu..sudah lama aku tinggalkan..semenjak menjejakkan kaki ke matrikulasi dan kini di universiti aku banyak bergelumang dengan buku-buku yang penuh dengan teori-teori barat..semuanya tentang fakta-fakta sains. ingatan aku ketika itu kembali kepada zaman sekolah menengah..di sekolah aku banyak belajar menjadi manusia..walaupun sekolahku bukannya sekolah agama atau pun jauhsekali sekolah tarbiyah..tetapi disitulah aku menemui dan aku mempelajari bagaimana kehidupan ini sebenarnya..

di awal usia remajaku..aku seperti juga budak-budak lain yang suka keluar hujung minggu ke bndar nak seronok dengan kawan-kawan..boleh kata tiap kali minggu balik kanmpung aku mesti keluar..kadang-kadang dengan kakak dan sepupuku dan kadang-kadang dengan kawan-kawan..
tapi personaliti aku berlainan bila keluar deangan my sis aku lebih selesa dgn body shirt and jeans..tapi bila kuar dengan kawan-kawan aku malu nak pakai baju2 mcm tue..pernah sekali time kuar dgn my sis terserempak dengan kawan-kawan asrama, aku malu sebab pakai macam tue..aku cuba menyorok kat belakang kakak..aku pun pelik dengan diri sendiri.dalam hati aku berkata.."mesti lepas nie balik je asrama diorang akan kutuk-kutuk aku, akan perli-perli aku..huhuhu" tapi diorang xbuat cmtu pun..ok je..

tapi aku selalu jer berfikir2 dengan apa yang aku buat.apa yang aku dapat bila selalu hang-out dgn kakak n spupuku tue..diorang selalu suruh aku bukak je tudung tue.tapi hati kecil aku masih kuat mempertahankan pendirian itu.itu maruah aku!takkan sesekali aku menanggalkannya..!!
bila fikir balik aku n mereka sama sahaja..baju dan seluar kami sama-sama sendat.bezanya hanya aku pakai tudung..tu pun tudung biasa je..aku selesa tudung diselempang ke atas..tak panas sangat dan yang penting xnampak alim sangat hehehe..itulah aku dulu-dulu..

bila di asarama aku rasa lebih tenang..aku alhamdulillah top 10 student..aku akui alam sekolahku sangat lancar. belajar cepat faham. bleh skor dlm exam.selalu dipuji cikgu dan warden..malah pakcik dan makcikku selalu bangga dgn anak sedara dia yang sorang nie..mak ayah aku lagi2 la..dah anak merekakan..alhamdulillah rezeki Allah untukku sangat2 tak terhingga..ibu yang sangat memahami, ayah yang selalu ambil berat, kakak yang sporting, adik yang xbanyak kerenah..terima kasih Allah..

sinar itu hanya sebentar cuma..habis PMR alhamdulillah result kami sangat membanggakan...half drp kami dpt straight A..bila naik tgktn4 segalanya menjadi gelap gelita buatku..makcik yg tiba-tiba jadi sberti tak berpuas hati dgnku..warden yang tak semena-mena menjadi seperti org asing buatku..apakah semua ini..??
mungkin dengan perubahan ini semuanya berubah,,aku bukan berubah jadi jahat..aku berubah ke arah yang lebih baikk..!!

tiada siapa lagi yang menyukaiku masa tue..hanya ustazah tempt aku mengadu di sekolah..warde nak tgk muka nie pun dah xsudi..kalau dia panggil pun sebab nak marah itu ini..takkpun nak suruh buat something..ustazah kata bila buat benda baikk nie mmg org tak suka,,itu adalah lumrah hidup..tapi bersabarlah...

aku mula merasai hidupku perlu ada perubahan bila menyertai qiamullail anjuran seklah untuk student yg exam PMR waktu tue..ustaz yang dtg muda lagi dlm21 umur dia tapi masyaAllah..aku sgt malu dgn diri aku bila tgk dia..ustz tue tau suma benda.hafiz lagi..umur dia lg muda dr my sis tapi sgt2 aku respect dgn ilmu dan kefahan dia..alhamdulillah..aku sgt tersentuh dgn doa taubat yang dia baca tgh dinihari itu..bersamai hujan yang renyai-renyai..hatiku sngguh terasa.terasa sangt Allah ada ketika itu..Allah ada untuk mendengar rintihan aku..Allah ada bersamaku...

start dari situ aku berjanji akan jadi anak yang solehah!!
aku mula menilai diri..apa kriteria anak yang solehah??
dari situ aku mula mencari buku-buku untuk ku rujuk..kebetulan kelasku waktu tgktn4 betul2 sebelah libry sekolah..lalu disitulah Allah menemukanku dgn buku tulisan Imam Ghazali ini.."Ihya' Ulumuddin"..bab pertama yang aku temui ialah ttg aurat..aku menangis tika itu..menangis kerana knp aku tak tahu ttg itu semua..knp aku tak betul menutup auratku?knp aku sgt2 jahil??...

aku mula terbuka hati untuk terus menelaah buku itu..lepas bab aurat habis ku baca..aku mencongak kembali diri ini..byk sgt takku buat..aku start dgn memakai tudung pin tengah, aku tak lagi selempang tudung spt selalu..
untuk menutup lengan..sungguh aku tak punya baju lengan panjang tika itu..sedihnyaa...aku hanya ada t-shirt sekolah dan asrama tika itu yang berlengan panjang..aku menangis mengenangkan diri yang jahil ini..
dan memeng aku hanya memakai baju itu sahaja..aku nak beli baju tapi nanti mesti ibuku marah sebab banyak ja baju dah ada kenapa nak beli lagi huhuhu...


bersambung....

No comments:

Post a Comment