Tuesday, March 16, 2010

hidupku..pedihnya..



Pedihnya hati bila kita sedar yang kita rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan…hubungan selama 4 tahun terjalin itu rupanya hanya gurauan semata..

Walaupun tidak pernah menyatakan hasrat hati masing-masing tapi hati kecilku begitu yakin yang dia juga sepertiku..namun segala anggapanku salah belaka..

Inilah hakikat hidup yang harus ditempuhi oleh kita..mahu atau tidak tetap harus terima dan redha dengan takdir ini…

Kadang-kadang aku terfikir..apakah salahku selama ini..tidak layakkah aku untuk jadi seperti orang lain juga..kata-kata dari kawan baikku “kita tak boleh paksa orang suka kat kita”…betul unggkapan itu..tapi bolehkah kita mempermainkan perasaan orang?..tek bersalahkah pabila meletakkan sejuta harapan pada orang lain tapi hakikatnya dia sendiri tak mahu harapan itu?

Aku sungguh tak faham dengan kaum yg bernama adam ini..kenapa harus memberi harapan padaku???jahat!!sangat jahat!!memang jahat sungguh!!

Mungkin bagi mereka aku ini tidak layakkan pun memiliki perasaan..stop berharap padanya!!selagi aku berharap pada dia selagi itu aku akan jadi seperti ini..

Aku selalu terfikir..aku ni xcantikkah?buruk sangatkah?gelapkah?xpandai cakapkah?kasarkah?boringkah?menyampahkah orang padaku?...mungkin ini semua jawapan untukku…hidup sorang2 lagi senang..tak yah nak pening-pening fikir pasal orang lainkan=)??

Dunia..penuh dengan senda gurauan dan tipu daya..aku seperti ingin lari jauh dari bumi Malaysia ini..ingin lari dari semua kenangan yang sangat pahit itu..ingin menghancurkan ingatan-ingatan lampau..tapi masalah takkan selesai dengan melarikan diri..harus berdepan dan selesaikannya sendiri dengan penuh kekuatan yang kita miliki..

Pada mulanya aku simpan dan hadapi masalah ini sendirian tapi aku tidak sekuat itu..aku banyak berkongsi dengan kawan baikku..sampai kadang2 dia dah tak larat nak dengar cerita dariku..aku buntu tak tahu mahu bercerita dengan siapa laagi..mahu disimpan takut-takut ia akan memakan diriku sendiri…

Aku harus kuat!!!bangun dan terus melangkah…PUT YOUR TRUST IN ALLAH!! Cinta ALLAH takkan mengecewakan…

Ya Allah..anugerah apakah yang ingin Engkau berikan kepadaku sehingga sebegini berat ujian Engkau timpakan kepadaku…

Cukuplah..hentikan tangisanmu itu..hiduplah seperti biasa..

Pagi tadi pergi kelas dengan mood yang tak berapa baik..tapi kawan sebelahku sangat ceria..jeles tengok dia..bahagia tengok senyuman dia..tak tahu adakah mereka perasan riak wajahku pagi tadi..dengan tangan yang tidak terlepas dari hand phone..mungkin mereka merasakan sesuatu..

2 comments:

  1. dear,

    kadang2 org yg sangat ceria menyimpan 1000 kelukaan yg hanya diselindungkan dengan senyuman...

    kecewa, sedih, rasa ditipu suma tu lumrah dlm kehidupan..

    apa yg berbeza sama ada kamu kuat atau tak nk tempuhi semua tu..

    cheer up...

    u can do it!!

    ReplyDelete
  2. thx dear...

    i'allah dalam proses nak kuatkn diri nie..
    tp masih keliru..
    huhu

    ReplyDelete